Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Disaat Ajal Menjemput Pulang

Kisah Inspiratif - Pada saat itu, Perlahan-lahan penglihatan mata mu pada dunia ini semakin kabur. Pada saat itu, Perlahan-lahan pendengaran telinga mu pada bunyi-bunyi di dunia ini semakin senyap.

Pada saat itu, Perlahan-lahan udara dunia ini semakin tipis dan nafasmu semakin pendek. Pada saat itu, Perlahan-lahan kudrat mu semakin tiada.

Sengat kematian mula menjalar di seluruh tubuh.  Sakit dan azabnya kematian, Tidak terucap oleh mulut kerana diri tiada daya. Tiada kudrat, tiada ikhtiar dan tiada harapan lagi.

Alam Barzakh adalah alam persinggahan sementara di antara dunia nyata dengan syurga atau neraka. “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya." - Al-Israa' 17:72 -

“Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu adalah seorang yang melihat?”  - Qs. Thaha [20]: 123-124 -

Selama hidup di dunia, mereka hanya melihat dengan mata, tetapi tidak pernah pedulikan Mata Hati yang di dalam dada.  Sehingga Mata Hati mereka berkarat dan gelap kotor serta tidak berfungsi di dunia ini.

Oleh kerana manusia akan melihat bersama Hati di alam barzakh .. 

Kini, Mata Hati mereka di butakan Allah sehingga mata mereka terhijab dari menyaksikan Hakikat. "Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada".

- Al-Hajj 22:46 -

Rasullullah S.A.W bersabda, "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”  - Al-Anbiya' ayat 35 - Manusia yang terlihat gambaran ambang kematian itu akan tidak berdoa selain daripada doa diselamatkan di alam selepas mati.

TANDA TANDA KEMATIAN YANG BAIK

1. Keluar keringat (peluh) di dahi.Tanda ini dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia.

2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan kering lama kelamaan.

3.  Terpejam matanya. Maksudnya,mata jenazah tersebut tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain. Kadang kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak ditutup rapat matanya.

4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak ternganga dan tidak ada lelehan air liur.

5. Terukir sedikit senyuman di wajah si mati. Bukanlah senyuman yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi nampak manisnya muka si mati.

6. Muka cerah dan berseri.Mukanya tidak berubah dari segi bentuk dan warna.Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang bertukar mukanya menjadi hitam atau kelihatan sepertibinatang. Na’uzubillah.

7. Badannya tidak mengeras walaupun telah beberapa jam meninggal. Apabila kita sentuh si mati,kita akan dapati seolah olah jenazah baru sahaja meninggal.Sendi sendinya mudah dilentur dan senang untuk dimandikan.

Itulah dia 7 tanda kematian yang baik. InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik.

Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik.Semua tanda tanda ini terdapat pada Rasulullah semasa kewafatan Baginda SAW.

INGIN DAPAT KEMULIAAN DI ALAM BARZAKH?

1 - Jaga solat tahajud.

2 - Perbanyakkan sedekah.

3 - Perbanyakkan berpuasa sunat.

JIKA KETIGA-TIGA ITU TIDAK MAMPU DI LAKUKAN MAKA

1 - Buat baik sungguh-sungguh pada ibu/bapa/suami.

2 - Jaga lisan dan jaga diri dari menyakiti muslim yang lain.

3 - Perbanyakkan berzikir.

Jika tidak mampu melakukan kesemuanya, maka jangan tinggalkan kesemuanya.

Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan bukannya suul khatimah.

Maka, marilah kita sama-sama berusaha mengumpul bekal untuk akhirat. Tidakkah anda mahu mati dalam keadaan baik seperti ini ?

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah engkau tidur. Namun seperti mana engkau akan tertidur, juga akhirnya kerana terlalu mengantuk, maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula kebenaran hari kebangkitan, maka janganlah sekali-kali engkau cuba bangun daripada tidurmu namun nescaya engkau akan terjaga juga daripada tidurmu, maka demikianlah juga hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu."

Datang Dari Allah Kembali Kepada Allah.

wallahu a'lam bishawab

Cerita ini besumber dari Akun facebook sejarah islam, beberapa akun facebook juga telah mengunggahnya

Posting Komentar untuk "Disaat Ajal Menjemput Pulang"